♥ kesayanganku ♥

Sunday, 22 April 2012

Sahabat lama ~




gambar hiasan * sunyi tanpa gelak tawa anda -.-


Assalamualaikum dan selamat petang semua . ok , sekarang jam menunjukkan pukul 10.25 PM tapi serious sara mengaku sara masih belum mandi . hehe , kepenatan ok sebab hari ni keje shift petang . Nak katakan banyak sangat keje , tak ade ape la sangat kat sana tapi tak tau la kenape hari ni rase macam penat sangat !
Mungkin sebab tak cukup tidur kot semalam . So , malam ni planning nak tidur awal tapi tak tau la kalau bergayut tak ingat dunia pulak dengan sang kekasih kan . HAHA :D

Hari ini sara nak cerita pasal sahabat lama sara , kiteorang dah lama tak jumpa sebenarnya . Hampir 8 tahun la sebab sara kenal dia masih sara Form 2 , lama kan ? sara kenal dia dekat Tusyen Oren Bestari . Nama die Ashriq , kalau ada yang kenal la . Setelah sekian lamanya masing masing buat hal masing masing tadi sara dapat message dari kawan sara mengatakan yang die kemalangan . Sekarang ada dekat hospital lagi . keadaan beliau agak teruk sebab fracture femur lepas tu tangan dia pon kena terok jugak . Then ada kesan dekat  kepala jugak sebab die macam lost memory siket la . Dia kemalangan seorang diri tym nak balik dari keje petang semalam . Sara dulu tym tusyen tak la rapat sangat dengan beliau ni sebab dia ni jenis suka mengusik jugak la sampai kan stress dibuatnya . biasa la zaman  budak budak kan (:

Btw , sara doakan beliau cepat sembuh . Lepas ni kalau dah kembali sihat , tolong jangan bawa moto tu laju laju ok sebab bahaya . Tengok sekarang ni ape dah jadi . Memanglah betul orang kata 'malang tak berbau' tapi pada masa yang sama kene lah berhati hati jugak . Jangan nak asyik cakap 'nak buat cane bende nak jadi' . ok ? Sara harap juga ahli keluarga Ashriq ni bawak bawaklah bersabar . Semua yang terjadi ni ada hikmahnya . Kuatkan semangat dan tabahkan hati . Sama sama lah kita mendoakan semoga Ashriq cepat sembuh .

 Thank you so much to Ika sebab cepat kau sampaikan berita berita terkini tentang kawan kawan kita kat sana kan . So , walaupun aku jauh di rantau orang ni , aku tetap tau perkembangan kawan kawan kat sana . Alhamdullilah , bersyukur sangat ada kawan yang prihatin macam kau ni . hehehe (:

Oklah , panjang lah pulak entry ni kan . Sorry la kalau bosan baca , tak paksa ok . Kita buat ape ape kenelah seiklas hati . Jadi baca ni iklas ke tak ?? Tepuk dada tanya selera ok . kbai . sekian ~