♥ kesayanganku ♥

Thursday 24 May 2012

derma darah !


Assalamualaikum . 
Malam ni sara nak update post tentang derma darah . Beberapa hari yang lepas , kolej sara ade buat program derma darah . Memang selalu buat pun sebab warga kolej sara memang baik hati kan dan rajin nak buat apa apa jenis program pun . So , nak dijadikan cerita semua kena lah terlibat sama ada layak atau tidak untuk menderma dan macam biasa lah sara begitu dan teramatlah yakin diri yang sara memang tak boleh nak menderma . Tidak layak sama sekali ! Sebab dari sekolah dulu sampai la tahun lepas tak silap sara dah banyak kali sara cuba nak derma tapi tak pernah layak ok . Hb low :(
Jadi kali ni pun sara dengan yakinnya isi borang kehadiran dan sebagainya . Lepas tu timbang berat dan sememangnya berat yang sangat layak untuk menderma ey . yeah 56kg !! (:

Kemudian bila dah sampai nak cek darah untuk tengok kita layak atau tak tu , sara pun macam biasa la pergi cek kan then dengan begitu terperanjatnya sara sebab at last berjaya juga derma darah cuma pelik la sebab sebelum ni tak pernah pula berjaya kan . so kepelikan disitu . Kawan kawan semua cakap Mr hubby pandai bagi makan sebab tu sihat dan takde masalah darah . walawehh ! Boleh pulak macam tu kan (:
So kawan kawan lain memang ramai la yang tak derma , ada yang tengah bercuti dan sebagainya so tak banyak la kawan rapat sara yang derma kan . Tunggu giliran untuk derma taklah lama sangat sebab kumpulan kami 2/09 adalah kumpulan pertama yang masuk dewan untuk menderma (:


sakit ok time cucuk jarum yang besar :(

Sebenarnya tak sakit pon time darah keluar semua tu , sakitnya masa dia mula mula nak masukkan jarum tu . Then barulah sara tahu memang sakit kene cucuk ok , selama ni dekat wad bukan main sedap je cucuk ambil darah orang untuk spesimen dan sebagainya tapi bila kena batang hidung sendiri . Yeay ! rasakan !



darah sara jenis O ok . sangat pemurah tetapi orang lain kedekut dengan sara :(

Selepas je habes derma darah takot juga kalau ada sebarang komplikasi , yela kan kesannya kita tak tau . Tambahan pula sara memang tak pernah menderma kan sebelum ni tapi alhamdullilah memang takde apa apa . Risau juga sebab ada je kawan sara yang lepas je derma darah pening kepala , gatal , muntah dan sebagainya . So , program derma darah tamatlah disitu lebih kurang dalam pukul 12 tengahari jugalah . Lepas ni dengan tulus dan iklas hatinya sara kata kalau ada lagi program macam ni insyaallah nak turut serta lagi .

Jadi korang yang mana belum ada peluang untuk menderma tu , silalah derma darah anda tu . Tak rugi pon , manalah tahu darah yang didermakan tu digunakan untuk menyelamatkan nyawa seseorang yang memang sangat memerlukan , dari derma banyak sangat kat nyamuk malam malam tu kan . hehehe :D
ok , itu saje lah sara nak update kat sini . Insyaallah nanti akan update post yang lain pula , banyak lagi yang masih belum dikongsi dengan Mr blog . ok selesai . terima kasih sebab sudi baca . wasalam ~