♥ kesayanganku ♥

Tuesday 17 January 2012

170112




Assalamualaikum dan selamat pagi semua . semua sihat ? alhamdullilah . sara ? sara tak sihat pon . kalau fizikal sihat pon , mental tak sihat . hati pon jangan nak cerita la , memang sakit tak terkira mengenangkan ape yang berlaku . memang btol la kate orang yang kite sesungguhnya takkan mampu menjangka apa yang akan berlaku dalam hidup kita . sekiranya semalam itu cerah tak semestinya hari ini cuacanya sama . kite tak selalunya diatas , ade mase yang ditetapkan kite dibawah . kite tak semestinya gagah berdiri melangkah kaki kehadapan kerana adakalanya dan apabila saat itu tiba kita pasti rebah menyembah bumi .

ketika itu tiada apa yang kita harapkan , selain dari seorang insan yang sudi menghulurkan tangan untuk membantu kita berdiri semula . jika ada seseorang itu , maka tegaklah semula semangat yang kian tunduk tetapi jika tiada seseorang itu maka runtuhla segala impian yang dilakarkan untuk dicapai menjadi realiti . bukan semuanya indah dan bukan semuannya mudah :(

hidup ini umpama air laut ada pasang ada surutnya , hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar . hidup ini umpama kompas yang sentiasa mencari arah tetapi apa gunaya utara , barat , timur dan selatan sekiranya kompas hidupku hanyalah kearahmu . bukan kemewahan dan harta yang kucari tetapi segenggam kebahagiaan yang mampu kau berikan kepadaku tatkala melangkahnya dirimu dalam hidupku . bukan emas permata yang kudambakan tetapi secebis rindu yang bisa membentuk sebuah cinta agar kebahagiaan itu kekal selamanya segar dan mekar didalam hati .

tiada apa yang dapat kuluahkan . sekiranya luahan ini juga salah dimata hatimu maafkanlah aku . terima kasih sayang kerana mengalah dalam hubungan ini lantas ikatan ini kau lepaskan . mungkin salah itu adalah keranaku tetapi aku pasti kau takkan mudah kulenyapkan dalam hatiku . semoga semuanya akan kembali seperti dulu dan ikatan kita akan terjalin semula sehingga terbinalah sebuah istana cinta .

salam sayang ,