♥ kesayanganku ♥

Monday 31 December 2012

penghujung 2012 ♥



Assalamualaikum semua ,
Dah lama rasanya tak update Mr Blog pejam celik dah lebih 2 bulan sara berkhidmat sebagai staffnurse terlatih di HOSPITAL KUALA LUMPUR bahagian klinik nefrologi . Bahagia rasanya bila dah tak bergelar pelatih walaupon beban kerja sentiasa menyebabkan STRESS tapi alhamdullilah rakan sekerja , sister dan orang atasan sentiasa menghulurkan bantuan dan nasihat yang berguna untuk diterapkan dalam bidang kerja seharian . Terutamanya bila dah mula bekerja di klinik sentiasa berdepan dengan masyarakat luar tapi bersyukur sangat sebab warga kuala lumpur sentiasa memberikan pujian. Terharu rasanya (:

Sara rasa lebih teratur sepanjang 2012 ni walaupon banyak azam yang tak tercapai tapi sara dah berusaha sehabis yang mungkin yang lain terserah pada Allah SWT untuk menentukannya . Takkan la nak mengeluh bila apa yang kita hajati tak tercapai sedangkan kita dah berusaha mungkin takde rezeki lagi untuk kita menjadi dan mencapai yang terbaik dalam hidup kita . 

Esok bermulalah hari baru , buku baru , lembaran baru , mencipta sejarah baru bagi tahun yang baru iaitu

2013

PERASAAN ?

sara rasa happy sangatlah sebab usia semakin meningkat dan dewasa jadi perancangan hidup makin meluas dan insyaallah ada perancangan untuk membentuk satu ikatan tapi ia masih dalam perancangan .Semoga menjadi kenyataan . Amin (:

AZAM TAHUN BARU ?

Azam tahun baru sara terlalu banyak tetapi disingkatkan kepada satu perkataan yang sesuai ialah 

'Ingin membina kehidupan yang lebih baik bersama keluarga dan insan tersayang'

Semoga segala urusan kerja dipermudahkanNya dan semoga dimurahkan rezeki hendakNya. Harap tahun baru ni kesedihan dapat dikurangkan . Sara malas nak fikir dah masalah yang remeh temeh ini bukan zaman pelajar yang semua perkara kita nak ambil tahu . Sebenarnya pentingkan diri sendiri tu adalah lebih baik dari kita menjaga hati orang sedangkan hati kita dibiarkan terluka . No no no ! Ini bukan zaman tak dewasa yang kita boleh biarkan orang sekeliling sesuka hati menindas kita . Ini zaman kita berubah menjadi dewasa supaya orang tahu untuk hormat kita (:

HUBUNGAN ?

Alhamdullilah tahun 2012 hubungan sara dengan keluarga bertambah baik , bersyukur sangat .
Ayah , mama , kakak dan adik , I love u all laaaaaaaa !
Hubungan dengan org tersayang sudah tentulah ada pasang dan surut tapi syukur sangat sebab masih diberi kesempatan untuk bertahan . Semoga hubungan kami berakhir menjadi cinta yang halal . Walaupon dia bukan yang pertama tapi biarlah dia menjadi lelaki yang terakhir dalam hidup ini . 

' Md Syukor fairus Mohd , terima kasih atas segalanya '


Ini adalah post yang terakhir penutup tahun 2012 .
Terima kasih ya Allah masih memberikan aku peluang untuk bernyawa diatas muka bumi ini .
Terima kasih atas segala pinjaman yang dikurniakan kepadaku .
Semoga tahun 2013 yang bakal mendatang menjadi lebih baik dari tahun ini .
Insyallah Amin .

kesayangan sara !


Ayah dan mama kesayangan sara . thanks for everything ! proud to be
your daughter (:


with mysis , walaupon selalu gaduh manja2
but u r de best sister act  . hehe :P

Angah sayang kamu ! :D


my only one ! do love u